Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bangun pagi, bila kaki terutamanya tumit memijak lantai, terasa sakit yang tak terkata.

Mula-mula, rasa mungkin sakit biasa. Tetapi lama-kelamaan makin menjadi pula sakitnya.

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad, mereka yang mengalami sakit kaki di bahagian tumit itu sebenarnya sudah ada mendakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’.

“Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya sudah ada mendakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’. Ini yang membuatkan rasa sakit menyucuk-cucuk terutamanya bila berdiri dan berjalan,” katanya.

Berdasarkan pengalaman netizen, heel spur ini berpunca dari pemakaian kasut atau ‘heel’ yang tidak bersesuaian dengan kaki sehingga mendatangkan mudarat pada seseorang individu itu.

Selain itu, berat badan yang tidak sesuai juga dikatakan antara faktor penyebab heel spur.

Namun selepas mengurangkan berat badan dan memakai kasut yang bersesuaian, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan tetapi mengambil tempoh masa yang lama untuk sembuh.

Bagi anda yang mengalami ‘heel spur’ ini, anda disarankan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang kemudian akan dirujukkan ke unit Fisio Terapi.

 

Rawatan Alternatif

Jika anda mengalami sakit tumit atau tapak kaki, cuba gunakan stokin mampatan khas yang direka untuk membantu mengurangkan kesakitan di pergelangan kaki, plantar fascia, heel spur dan juga seluruh kaki anda.

Selain itu, gunakan stokin yang dapat memberikan sokongan pada kaki, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak.

Tonton video di bawah..

 

Dapatkan Stokin Mampatan Sekarang!

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.